Pengenalan
Visi
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015
Misi
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.
Matlamat
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”
Fungsi :-
Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
Pengurusan Hubungan Luar
Program-program Pendidikan Pencegahan Dadah
Pendidikan pencegahan dadah merupakan strategi utama dalam program pencegahan awalan.Fokus program ini adalah kepada pelajar sekolah dan universiti untuk meningkatkan pengetahuan tentang dadah, penghargaaan kendiri dan kemahiran interpersonal. Diantara program pendidikan pencegahan dadah adalah seperti berikut:
1) Program Sekolah Sifar Dadah (Prosidar)
2) Program Intervensi Pelajar (PIP)
3) Program Ujian Urin di Sekolah
4) Karnival PPDa
5) Program Pencegahan Dadah di Tempat Kerja