Bilik Sumber PPDa

PENGENALAN KONSEP BILIK PPDa

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah merupakan “one stop center” yang menyediakan satu pusat akses maklumat pendidikan pencegahan dadah yang lengkap kepada murid-murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat.

Maklumat dan bahan-bahan berkaitan PPDa dalam pelbagai medium boleh meningkatkan lagi pengetahuan murid khususnya tentang bahaya penggunaan dadah, rokok, inhalan dan juga gejala sosial lainya. Malah apa sahaja maklumat yang mempunyai hubungkait dengan masalah penggunaan dadah boleh dimuatkan bagi menambah nilai maklumat yang sedia ada.

Bilik sumber PPDa sekolah dicadangkan diwujudkan di setiap sekolah terutamanya bagi sekolah-sekolah yang berada di persekitaran yang berisiko tinggi. Bagi sekolah-sekolah yang tidak dapat menyediakan sebuah bilik untuk tujuan tersebut, boleh mewujudkan sudut PPDa seperti menggunakan sudut-sudut di bawah tangga bangunan, dinding atau lorong di dalam bangunan, sudut di dalam bilik kaunseling, bilik displin, bilik kesihatan /rawatan atau tempat-tempat lain yang difikirkan sesuai.

Secara umumnya, Bilik Sumber PPDa Sekolah bukan sahaja sebagai pusat untuk mengakses maklumat berkaitan PPDa, malah merupakan pusat operasi atau bilik gerakan kepada JK PPDa di sesebuah sekolah. Bilik Sumber PPDa dapat memberikan impak yang lebih besar kepada perancangan dan pelaksanaan program PPDa di sebuah melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum,kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Ia juga boleh digunakan sebagai tempat membangunkan karekter murid khususnya bagi melahirkan murid-murid yang memiliki minda dan sikap antidadah.

RASIONAL

Dapatan kajian (NIDA : 2000) menunjukkan bahawa sekolah institusi terbaik bagi memberikan pendidikan pencegahan awalan. Sementara itu,pendekatan interaktif, program yang bersifat jangka panjang dan ada pengukuhan didapati lebih memberikan kesan kepada murid-murid.

Oleh itu,Bilik Sumber PPDa Sekolah dilihat sebagai pemangkin dan sangat wajar diwujudkan di setiap sekolah bagi memudahkan pihak sekolah menyebar bahan dan maklumat PPDa secara interaktif, sistematik dan efektif disamping dapat diakses dengan mudah oleh murid-murid, guru dan masyarakat sekitarnya.

MATLAMAT

Bilik Sumber PPDa diwujudkan untuk menyediakan satu pusat sumber  maklumat lengkap berkaitan pendidikan pencegahan dadah yang boleh diakses oleh murid, guru dan juga ibu bapa dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membanteras penggunaan dadah ke arah merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah Bebas Daripada Dadah Menjelang Tahun 2012.



OBJEKTIF

1. Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah.
2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan
dadah di kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan.
3. Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan
program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.
4. Menjadi tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan
karektor murid cemerlang.


SASARAN

MURID, GURU, KAKITANGAN SEKOLAH DAN IBUBAPA