IKRAR MURID ANTIDADAH


IKRAR ANTI DADAH

Ikrar Anti Dadah
Bahawasanya Kami Rakyat
Malaysia Berikrar
Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah Pada
Setiap Masa Dengan:
Memenuhi Masa Lapang Dengan
Kerja-Kerja Yang Berfaedah;
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktiviti
Yang Berguna Dan Berfungsi
Kepada Masyarakat;
Menjadi Rakyat Berilmu,
Berakhlak Mulia Dan Mengamal
Cara Hidup Sihat Dan Cergas;
Menyediakan Diri Untuk Mengisi
Keperluan Wawasan, Dan;
Membantu Segala Usaha Bagi
Membebaskan Negara Malaysia
Dari Ancaman Dadah



IKRAR ANTI DADAH WARGA PELAJAR

Bahawasanya kami, Pelajar-pelajar sekolah, amat sedar dan insaf, terhadap BAHAYA DADAH KEPADA, kesejahteraan hidup, pembangunan modal insan, dan Ketahanan Nasional.
Maka kami, sesungguhnya berjanji dan berikrar, akan :
Memelihara diri, keluarga dan rakan-rakan agar tidak terlibat dalam Penyalahgunaan Dadah
Memelihara diri, keluarga dan rakan-rakan agar tidak terlibat dalam apa juga bentuk Pengedaran dadah
Menyokong dan mengambil bahagian dalam apa juga usaha kerajaan dalam usaha Memerangi dadah
Menyokong sepenuhnya usaha kerajaan mewujudkan Sekolah Bebas Dadah Menjelang 2012

DADAH PEMUSNAH, MUSNAHKAN DADAH !
DADAH PEMUSNAH, MUSNAHKAN DADAH !
DADAH PEMUSNAH, MUSNAHKAN DADAH !!

Ikrar Anti Dadah
Bahawasanya kami pelajar-pelajar berikrar untuk memerangi najis dadah pada setiap masa dan ketika dengan:
Menjauhi diri serta menentang tabiat menggunakan dadah.
Mewujudkan keluarga bahagia tanpa dadah.
Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah bebas dari dadah.
Mencegah pengedaran dadah dalam masyarakat.
Menerapkan nilai-nilai agama untuk membenteras dadah dan
Membantu usaha-usaha kerajaan bagi membebaskan negara ini daripada ancaman dadah.