PERUTUSAN KPM

PERUTUSAN
Y. BHG. TAN SRI DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


SEMPENA HARI PERINGATAN ANTIDADAH KEBANGSAAN
19 FEBRUARI 2010


“1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH”


Bismillahirrahmanirahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera.


Kepada : SEMUA WARGA SEKOLAH


Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita
berjumpa dalam majlis yang mempunyai makna yang besar kepada kita. Setiap tahun,
pada tanggal 19 Februari kita akan mengadakan Sambutan Hari Peringatan Antidadah
Peringkat Kebangsaan. Sambutan ini adalah sebagai mesej betapa kita amat benci
akan najis dadah. Sambutan Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan ini adalah
manifestasi komitmen kita semua dan juga memberi gambaran bahawa momentum kita
masih laju untuk melaksanakan usaha-usaha pencegahan dadah di peringkat awal
terutamanya kepada kumpulan umur yang masih berada di bangku sekolah.
Kesungguhan kita untuk menyatakan benci kepada dadah bukanlah hanya pada tarikh
hari peringatan ini sahaja tetapi kerajaan Malaysia dan warganya sentiasa
merealisasikan rasa benci kepada dadah melalui usaha yang berterusan bagi
memastikan warganya bebas daripada gejala dadah. Tarikh Hari Peringatan Antidadah
Kebangsaan yang diputuskan pada 19 Februari pada setiap tahun ini merupakan
simbol bahawa negara kita Malaysia sentiasa bertindak secara bersepadu bagi
memastikan dunia bebas daripada dadah.


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk merancang
dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah-sekolah
seluruh negara. Di samping itu juga, KPM amat menyedari bahawa punca dan masalah
dadah pada hari ini semakin rumit dan telah melibatkan pelbagai pihak termasuklah
golongan dewasa, remaja, dan murid-murid sekolah. Keadaan ini menjadi lebih genting
disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin
bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid-murid sekolah seluruhnya sentiasa
terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Ini bermakna semua
pihak mesti memainkan peranan secara bersungguh-sungguh dalam usaha memerangi
gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan pernah
menyatakan bahawa :


"Illicit drugs destroy innumerable individual lives and
undermine our societies. Confronting the illicit trade in
drugs and its effects remains a major challenge for the
international community."


Penyataan ringkas ini jelas menggambarkan betapa seriusnya masalah yang terpaksa
dihadapi oleh masyarakat antarabangsa berkaitan dengan dadah dan peruntukan
dibelanjakan untuk menghadapi masalah ini adalah sangat besar. Semakin tinggi
teknologi dan semakin maju dunia maka semakin canggih usaha pengedaran dadah
dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kumpulan ini langsung tidak
memikirkan musibah yang akan menimpa warga yang terjebak dengan dadah kerana
mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Mereka juga tidak ambil peduli
tentang masalah-masalah sosial yang timbul kesan daripada aktiviti haram mereka.
Akibatnya, kita sering sangat didedahkan dengan kisah kecurian, pembunuhan dan
kejadian ragut yang kebanyakannya dilakukan oleh penagih-penagih dadah sematamata
hanya kerana mahukan wang untuk mendapatkan bahan khayal tersebut. Kita
juga pernah digemparkan dengan penemuan makmal-makmal memproses dadah di
bangunan kedai atau rumah-rumah sehinggakan jiran tetangga pun tidak perasan
dengan kewujudan makmal-makmal tersebut di kawasan petempatan mereka. Walau
bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasukan keselamatan negara kita
kerana dengan semangat dan iltizam mereka yang tinggi, ramai penagih dan pengedar
dadah telah ditangkap serta sejumlah tempat memproses dadah telah dibongkar dan
dimusnahkan.
Walaupun tangkapan demi tangkapan berjaya dilakukan oleh pihak berkuasa namun
pengedaran dan pemprosesan dadah tetap juga berlaku seolah-olah tindakan pihak
berkuasa ini tidak memberikan sebarang kesan kepada penjenayah terbabit. Hal yang
lebih membimbangkan lagi ialah kita mungkin juga tidak mengetahui bahawa di
sekeliling kita ada pengedar kecil-kecilan yang cuba meneroka pasaran kecil,
terutamanya aktiviti penggedaran dadah yang menjadikan remaja sebagai golongan
sasaran mereka.


Justeru itu, perjuangan menentang pengedaran dan penyalahgunaan dadah ini mesti
diteruskan. Kesepaduan kerja hendaklah dibuktikan di semua peringkat supaya usaha
pencegahan menjadi lebih berkesan, bermakna dan diyakini tanpa mengira masa,
bangsa, budaya dan sempadan geografi. Sebab itulah, perjuangan peribadi yang paling
penting dan berkesan yang mesti ada pada murid-murid ialah MENGATAKAN TIDAK
KEPADA DADAH.


Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
Berdasarkan World Drug Report 2008 oleh UNODC, keluasan keseluruhan penanaman
opiat adalah seluas 235,700 hektar dan penghasilan dadah sintetik dalam kategori
Amphetamine-type Stimulants (ATS) mencecah sebanyak 494 tan metrik dalam tahun
2007. Jumlah ini sebenarnya cukup besar untuk kegunaan pasaran di kebanyakan
benua di dunia ini. Pengeluaran Amphetamine-type Stimulants (ATS) seperti ecstasy,
methamphetamine (syabu) dan amphetamine oleh Eropah mula meningkat selepas
tahun 2005 dan keluasan pasarannya sudah melangkaui ke negara-negara Asia
Tenggara, termasuk Malaysia.
Fenomena ini sangat membimbangkan semua pihak, seolah-olah ada usaha terancang
sedang dilakukan oleh kartel dadah antarabangsa untuk meneroka pasaran di
Malaysia. Tidak cukup dengan itu, muncul pula beberapa insiden melibatkan
warganegara Malaysia yang diperdaya untuk mengedar dadah di peringkat
antarabangsa. Seolah-olah bangsa Malaysia sedang cuba dibinasakan secara
perlahan-lahan sehingga menjejaskan jati diri dan akar budaya masyarakat Malaysia
yang sekian lama dijunjung dan dipelihara. Kesan langsung agenda ini ialah berlakunya
transformasi budaya yang semakin terhakis.
Penghakisan budaya dan norma ketimuran ini ditokok pula dengan kesan-kesan sosial
lain yang tercetus daripada keganasan gelombang globalisasi. Budaya hedonisme
dalam kalangan remaja, hubungan seks bebas, pengambilan alkohol, pegangan agama
yang longgar dan sebagainya memburukkan lagi situasi sedia ada. Walaupun hanya
sekumpulan kecil sahaja yang terlibat dalam isu kebejatan sosial ini namun
pengaruhnya cukup kuat kepada remaja kerana golongan ini mudah hanyut dengan
aspek-aspek keseronokan sehinggakan mereka tidak mampu membuat penilaian
matang. Kita juga bimbang dengan kesan keganasan gelombang globalisasi ini kerana
keharmonian dan keamanan negara kita mungkin akan binasa dalam tempoh satu atau
dua generasi jika langkah bijak dan tegas tidak dilakukan untuk memastikan remaja
Malaysia sentiasa bebas dari dadah dan budaya hedonisme.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
Analisis Laporan Dadah Januari hingga November 2009 oleh Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) menunjukkan bahawa Pengaruh Kawan (52.05%) merupakan
faktor utama yang menyebabkan seseorang itu terjebak dengan gejala ini, diikuti faktor
Perasaan Ingin Tahu (14.68%) dan faktor Untuk Keseronokan (15.66%). Oleh itu,
saya menyeru semua pihak agar bersama-sama bersatu tenaga dan idea untuk
menyusun lebih banyak program yang mampu memberikan impak yang berkesan
kepada kumpulan sasaran. Kita juga harus melaksanakan tanggungjawab dan
memperkasakan peranan kita dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah tanpa
mengira siapa kita; sama ada kita sebagai pentadbir dan perancang pendidikan,
pentadbir sekolah, guru, pekerja sekolah, ibu bapa, ahli masyarakat atau murid sekolah.
Jika kita ingin berada di hadapan dan kekal di situ, maka kita perlu menerajui
perubahan, sebaliknya jika kita sentiasa bernostalgia dengan kejayaan-kejayaan masa
lampau tanpa gigih mencari kejayaan-kejayaan baru maka kita akan membentuk gejala
jumud. Oleh itu, kita perlu membuktikan kerelevanan kita kepada masyarakat dengan
memperkasa peranan masing-masing sesuai dengan peredaran zaman.
Sehubungan dengan itu juga, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah perlu bersikap proaktif serta berfikiran melampaui
masa sekarang dengan meletakkan cabaran jangka panjang dalam usaha memastikan
negara dan sekolah bebas dadah. Cabaran ini merujuk kepada pembaharuan dan
perubahan struktural dalam pencegahan dadah berteraskan model baru yang
berteraskan kreativiti dan inovasi dan juga bersifat semasa.
Usaha-usaha sedia ada oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merangkumi
pelbagai program pembangunan sahsiah dan jati diri hendaklah terus dimantapkan.
Begitu juga dengan kewujudan Bilik dan Sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah
di sekolah-sekolah yang merupakan satu inovasi yang cukup kreatif dan memberikan
impak yang sangat besar dalam sebaran mesej bahaya dadah kepada murid-murid dan
komuniti berasaskan sekolah. Saya berharap program-program sebegini diteruskan di
semua peringkat, terutamanya di sekolah-sekolah kerana kajian yang dibuat
menunjukkan bahawa sekolah-sekolah yang melaksanakan program pencegahan
dadah secara berterusan dapat mengelakkan murid-murid sekolah tersebut daripada
mencuba atau melibatkan diri dalam penyalahgunaannya walaupun setelah mereka
tamat persekolahan.
Akhir sekali, saya menyeru kepada semua warga pendidikan agar sentiasa berusaha
menjadikan sekolah, keluarga dan komuniti bebas daripada dadah kerana institusi inilah
yang mampu merealisasikan sekolah bebas dadah seperti yang dihasratkan oleh
kerajaan. Berusahalah untuk menjadi modal insan yang bernilai tinggi dengan
mengatakan TIDAK KEPADA DADAH KERANA DADAH MEMBUNUH JATI DIRI
DAN BUDAYA BANGSA.


Sekian, terima kasih.
Wabillahi Taufik Walhidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


      
 
umur dikesan mula menagih sudah menurun kepada mereka yangberumur 13 tahun. Selain mencuba dadah, mereka juga diekploitasidalam pengedaran dadah secara kecil-kecilan.Mengikut  laporan  Agensi  Anti  Dadah  Kebangsaan,  KementerianKeselamatan dalam negeri dan jabatanNarkotik, PDRM, penghasilandadah sintetik tersebut lebih bahaya daripada dadah asli. Dadahsintetik boleh mendatangkan kerosakan kekal kepada otak dan diriindividu  itu  sendiri.  Pengambilan  syabu,  pilkuda,  ecstacy  dansebagainya boleh menyebabkan pergantungan kekal kepada dadahsehingga menyebabkan kematian. Dadah, derita awal derita akhirhayat.Sehubungan itu, semua warga pendidikan perlu memainkan perananmasing-masing  untuk  memastikan  sekolah  bebas  dadah.  Bagimencapai hasrat dan tujuan ini, sekolah mestilah melahirkan murid-murid yang bukan sahaja berpengetahuan, berilmu dan berkemahiran,tetapi juga mempunyai pandangan jauh danterbuka, mampu berfikirdengan waras, membuat pilihan yang bijak untuk menghasilkan keputusanyangtepat.Membuat penilaian, pemilihan dan keputusan yang bijak adalah satudisiplin yang baik. Murid-murid perlu diasuh dan dididik merancangjadual harian, merancang jadual perkembangan diri dan merancangkehidupan secara positif dengan mengambil kira pentingnya faktormasa depan. Murid-murid perlu diasuh memerah minda untuk menjanaidea-idea  baru,  inovasi  dan  kreatif  yang  dapat  dimanfaatkanbersamauntuk pembangunan diri dan bukannya menyerah minda untuk diisioleh anasir-anasir jahat, dakyah-dakyah palsu, dan faktor-faktor yangboleh menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan.Semua  pihak  perlu  memainkan  peranan  berprinsipkan  semangatkolektif secara bersepadu, bersungguh-sungguh dan secara sedarmenjalankan tanggungjawab memberi pendidikan pencegahan dadahserta membentuk peribadi dan sahsiah terpuji murid-murid sekolah.Semoga anak-anak didik kita akan terpelihara dan bebas dari dadah,berpersonaliti unggul dan bekerjaya cemerlang. Marilah bersama-samamenyeru  dan  mengajak  ke